Wednesday, December 10, 2008

Congrat to Rich & Velvet















Bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Rich dan Velvet, menamatkan teka-teki mengenai hubungan intim mereka selama ini apabila melangsungkan perkahwinan di Shangri- La Tanjung Aru Resort di sini, malam tadi.
Majlis serba sederhana tetapi meriah itu, diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada saudara-mara serta kenalan terdekat.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee dan beberapa wakil rakyat Sabah termasuk bekas artis-artis AF.
Velvet, 21, atau nama penuhnya Velvet Lawrence Aduk mengenakan gaun putih manakala Rich, 26, atau Richael Lawrence Gimbang, turut memilih pakaian serba putih dengan mengenakan kot hitam.
Perkahwinan antara Velvet dan Rich merupakan pasangan selebriti AF yang kedua berjaya mengekalkan hubungan cinta hingga ke jinjang pelamin selepas Rosma dan Khai melangsungkan perkahwinan pada April lalu.
Kedua-dua mempelai itu sebelum ini, menafikan hubungan cinta mereka tetapi apabila perkara itu semakin hangat diperkatakan, Rich yang merupakan vokalis kumpulan Estranged, 'terpaksa' mengakuinya.
Hubungan Velvet dan Rich yang kedua-duanya berasal dari Penampang dekat sini, dikatakan bermula ketika AF musim keempat lagi.
Pada majlis tersebut, mereka turut menyanyikan beberapa buah lagu secara solo dan berduet termasuk memenuhi permintaan para tetamu.












Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...