Monday, December 1, 2008

perjumpaan keluarga siran

Sejak tahun 2007, keluarga Siran ini muncul secara tiba-tiba..sebenarnya saya kurang mengenali keluarga sebelah ibu saya kerana dari kecil kami tidak berkumpul dan mengadakan apa-apa perjumpaan. Sekarang umur saya menjangkau 28 tahun, tiba-tiba pula diwujudkan perjumpaan keluarga siran untuk jejak kasih dan mengenali orang-orang yang agak asing bagi saya. Waktu perjumpaan di Kiulu bertempat di rumah Datuk Wilfred Madius Tangau. saya tidak berkesempatan mengenali saudara disebelah kiulu kerana ianya agak jauh juga, memandangkan waktu itu saya masih bunting. Agak malas pula bila berjalan jauh apatah lagi dengan keadaan perut yang besar. Tahun ini saya baru menghadirikan diri beserta dengan anak dan suami, kerana lokasinya hanya di Ranau bertempat di rumah Datuk Siringan Gubat. Agak meriah juga keadaan waktu itu tetapi malangnya disebelah petangnya hujan turun dengan lebatnya..menyebabkan keadaan majlis nya agak muram sedikit...disana saya berkesempatan juga berjumpa dengan school mate saya waktu tingkatan 1..agak lama juga tidak jumpa dia ni walaupun dia isteri kepada cousin saya. Masa agak terhad, lagipun anak saya tidaklah biasa dengan orang sekeliling...mmmm...beginilah kehidupan kalo sudah berkahwin dan ada anak... masa agak terhad...kalo bercerita sikit, ah mulailah anak menangis..buat perangai...heheheh...tahun depan perjumpaan akan di adakan di kampung kiulu juga...mungkin bukan di rumah Datuk Madius Tangau tapi yang pasti jun 2009 ada lagi perjumpaan keluarga siran..tengoklah kalo rajin datang juga lah...
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...