Monday, December 1, 2008

RISAU

Saya agak risau baru-baru ini, anak saya masuk 4 hari sudah sakit demam...tidak tahu kenapa dia boleh demam tiba-tiba padahal waktu siang dia aktif bermain. bila malam itu dia agak panas juga, saya cemas kerana bimbang perkara yang bukan-bukan akan berlaku. Kami membawa dia pergi kelinik sihat di IP..bila masuk dalam bilik doktor ( lelaki), doktor tu tanya apa sakit lepas itu dia check suhu dan kemudian check dada..tidk sampai pun 2 minint dia suruh keluar sudah. dalam hati saya, apa agaknya doktor buat ni...ingat pigi kelinik swasta dapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik. doktor itu cuma bagi ubat demam dan ubat antibiotik.. setelah 2 hari makan ubat, anak saya tidak juga pandai sembuh malah makin teruk jadinya, sampai anak saya tidak lalu makan, muntah-muntah dan demam. Saya agak risau dengan keadaan anak saya begitu, sudahlah tidak mau makan apa-apa, kalo menyusu pun dimuntahnya. saya dapati dia ada kahak dan setiap kali abis menyusu dia terus muntah beserta dengan kahak. Anak saya jenis yang aktif tetapi bila saya tengok keadaan dia, mata nya cenkung dan agak lemas badannya. Suami saya pula terpaksa balik di Keningau untuk berkursus, dia pun agak cemas juga dan menyarankan agar saya membawa anak saya ke hospital likas. Sampai nya di hospital likas saya terus ke wad kecemasan. Saya agak berterima kasih kerana staff disitu melayan saya dan anak saya dengan baik. Setelah selesai mendaftar kami terus dibawa ke bilik penolong pegawai perubatan ( no2 doktor lah tu)..agak prihatin juga doktor tu, dia bukan sahaja pandai melayan anak saya, dia juga bertanya dan memeriksa setiap badan anak saya sepert suhu badan, memeriksa perut kembung atau tidak, memeriksa tekak. saya juga memberi maklumat yang secukupnya kepada doktor itu agar membantu dia mengesan penyakit anak saya. setelah diperiksa didapati anak saya mempunyai tonsil yang menyebabkan dia demam tiba-tiba..anak saya terlalu kecil untuk melawan penyakit tonsil..anak sya belum pun masuk 2 tahun. saya teringat dengan suami saya yang dia pernah sakit akibat tonsil, mau 3 hari juga dia demam..apatah lagi anak saya yang baru mencecah 2 tahun sudah mengalami penyakit yang sama. doktor itu juga memberi panduan dan nasihat penjagaan anak semasa sakit. setelah diberi ubat anak saya sekarang beransur pulih, dia tidak lagi demam tetapi cuma tiada selera untuk makan....banyak juga cabaran menjaga anak apabila anak dalam keadaan yang sakit. korban masa tidur itu juga penting agar memastikan anak sentiasa dalam keadaan selesa..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...