Monday, December 1, 2008

Pengalaman Temuduga

sebenarnya pengalaman temuduga dalam sektor swasta dan kerajaan agak berbeza. Saya pernah di panggil temuduga SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Penguasa Imegresen. Dua-dua jawatan ini saya tidak dapat. Alahai, susah juga mau masuk government ni, semua soalan kena tanya berbentuk fakta...manalah ingat semua tu..goreng pun kalo salah pun tidak betul juga. Adakah penemuduga itu cakap dengan calon lain sebelum saya, itu penemuduga cakap sebenarnya dorang sudah ada calon cuma memanggil calon lain hanya untuk memenuhi syarat sahaja. Kalo itu jadinya buat apa dipanggil pi temuduga kan. Yalah, kalo pasal kabel ini memang lah senang saja masuk kerja governement. Sewaktu menghadiri temuduga Pembantu Pengurusan Murid..saya kena tanya apa tugas pembantu pengurusan murid, piramid makanan, siapa ketua menteri sabah dan malaysia, Apa dasar yang dikenalkan oleh pah lah...saya pun apa lagi goreng..salah atau betul main cakap ja..janji pandai kelentong pahal tidak pun betul fakta...hehhe..last2 itu penemuduga tanya suami kerja mana... saya cakap mengajar di ranau, saya pula kerja di kk...adakah dia tanya suami saya selalu balik kk atau tidak..saya cakap selalu juga. lepas itu dia tanya penempatan minta dimana...saya cakap lah pilihan pertama di kk dan pilihan kedua di ranau.... harap-harap dapat lah ni kerja....

Temuduga

Teringat pula ketika saya menghadiri temuduga jawatan Pembantu Pengurusan Murid di SPP Kompleks Putrajaya Kota kinabalu. Saya agak bernasib baik kerana masih diterima menhadiri temuduga tersebut, ini kerana saya tidak tahu pun saya sepatutnya ada temuduga. Ketika dalam bas ( menuju ke tempat kerja) pada paginya, tiba-tiba handphone berdering. saya tengok di skrin panggilan dari Ayah saya. Kebiasaan ayah saya hanya telefon apabila ada hal penting. jadi saya dapat agak perkara itu penting tetapi tidak tahu hal apa. Apabila saya angkat telefon, ayah saya mengatakan saya ada surat tawaran perlantikan tetap temuduga pembantu pengurusan murid. Tetapi temuduga tersebut sudah pun berlangsung kelmarin maksudnya hari tersebut 20 november 2008, surat panggilan temuduga adalah 19 november 2008. satu hari sudah berlalu, terkilan juga waktu tu, surat lambat kena ambil di kampung katakan. silap saya juga sebab boleh cek online, saya tidak pun pi cek..ingat saya tidak dapat. Ayah saya bagi semangat, dia cakap cuba telefon minta di temuduga. Saya cakap ya ja..padahal dalam hati saya memang teda harapan sudah. Saya rasa itu adalah hari yang malang bagi saya, waktu saya turun dari bas, tiba skrit baju kurung saya di injak..punyalah saya tersekat disitu, jatuh lah terus..ai kurang ajar punya om pula yang tidak sabar-sabar mau turun dari bas. sempat juga saya pi marah tu ..malunya itu....sampai ja di opis terus saya telefon pejabat SPP kota kinabalu. saya bagitaulah alasan-alasan yang munasabah. nasib baik itu penemuduga baik hari dia suruh datang juga...

RISAU

Saya agak risau baru-baru ini, anak saya masuk 4 hari sudah sakit demam...tidak tahu kenapa dia boleh demam tiba-tiba padahal waktu siang dia aktif bermain. bila malam itu dia agak panas juga, saya cemas kerana bimbang perkara yang bukan-bukan akan berlaku. Kami membawa dia pergi kelinik sihat di IP..bila masuk dalam bilik doktor ( lelaki), doktor tu tanya apa sakit lepas itu dia check suhu dan kemudian check dada..tidk sampai pun 2 minint dia suruh keluar sudah. dalam hati saya, apa agaknya doktor buat ni...ingat pigi kelinik swasta dapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik. doktor itu cuma bagi ubat demam dan ubat antibiotik.. setelah 2 hari makan ubat, anak saya tidak juga pandai sembuh malah makin teruk jadinya, sampai anak saya tidak lalu makan, muntah-muntah dan demam. Saya agak risau dengan keadaan anak saya begitu, sudahlah tidak mau makan apa-apa, kalo menyusu pun dimuntahnya. saya dapati dia ada kahak dan setiap kali abis menyusu dia terus muntah beserta dengan kahak. Anak saya jenis yang aktif tetapi bila saya tengok keadaan dia, mata nya cenkung dan agak lemas badannya. Suami saya pula terpaksa balik di Keningau untuk berkursus, dia pun agak cemas juga dan menyarankan agar saya membawa anak saya ke hospital likas. Sampai nya di hospital likas saya terus ke wad kecemasan. Saya agak berterima kasih kerana staff disitu melayan saya dan anak saya dengan baik. Setelah selesai mendaftar kami terus dibawa ke bilik penolong pegawai perubatan ( no2 doktor lah tu)..agak prihatin juga doktor tu, dia bukan sahaja pandai melayan anak saya, dia juga bertanya dan memeriksa setiap badan anak saya sepert suhu badan, memeriksa perut kembung atau tidak, memeriksa tekak. saya juga memberi maklumat yang secukupnya kepada doktor itu agar membantu dia mengesan penyakit anak saya. setelah diperiksa didapati anak saya mempunyai tonsil yang menyebabkan dia demam tiba-tiba..anak saya terlalu kecil untuk melawan penyakit tonsil..anak sya belum pun masuk 2 tahun. saya teringat dengan suami saya yang dia pernah sakit akibat tonsil, mau 3 hari juga dia demam..apatah lagi anak saya yang baru mencecah 2 tahun sudah mengalami penyakit yang sama. doktor itu juga memberi panduan dan nasihat penjagaan anak semasa sakit. setelah diberi ubat anak saya sekarang beransur pulih, dia tidak lagi demam tetapi cuma tiada selera untuk makan....banyak juga cabaran menjaga anak apabila anak dalam keadaan yang sakit. korban masa tidur itu juga penting agar memastikan anak sentiasa dalam keadaan selesa..

perjumpaan keluarga siran

Sejak tahun 2007, keluarga Siran ini muncul secara tiba-tiba..sebenarnya saya kurang mengenali keluarga sebelah ibu saya kerana dari kecil kami tidak berkumpul dan mengadakan apa-apa perjumpaan. Sekarang umur saya menjangkau 28 tahun, tiba-tiba pula diwujudkan perjumpaan keluarga siran untuk jejak kasih dan mengenali orang-orang yang agak asing bagi saya. Waktu perjumpaan di Kiulu bertempat di rumah Datuk Wilfred Madius Tangau. saya tidak berkesempatan mengenali saudara disebelah kiulu kerana ianya agak jauh juga, memandangkan waktu itu saya masih bunting. Agak malas pula bila berjalan jauh apatah lagi dengan keadaan perut yang besar. Tahun ini saya baru menghadirikan diri beserta dengan anak dan suami, kerana lokasinya hanya di Ranau bertempat di rumah Datuk Siringan Gubat. Agak meriah juga keadaan waktu itu tetapi malangnya disebelah petangnya hujan turun dengan lebatnya..menyebabkan keadaan majlis nya agak muram sedikit...disana saya berkesempatan juga berjumpa dengan school mate saya waktu tingkatan 1..agak lama juga tidak jumpa dia ni walaupun dia isteri kepada cousin saya. Masa agak terhad, lagipun anak saya tidaklah biasa dengan orang sekeliling...mmmm...beginilah kehidupan kalo sudah berkahwin dan ada anak... masa agak terhad...kalo bercerita sikit, ah mulailah anak menangis..buat perangai...heheheh...tahun depan perjumpaan akan di adakan di kampung kiulu juga...mungkin bukan di rumah Datuk Madius Tangau tapi yang pasti jun 2009 ada lagi perjumpaan keluarga siran..tengoklah kalo rajin datang juga lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...