Friday, July 31, 2009

Golongan Risiko Perlu Berwaspada

KUALA LUMPUR 30 Julai - Orang ramai khususnya golongan berisiko tinggi dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) digesa mematuhi setiap arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan supaya mereka tidak menjadi mangsa wabak tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, golongan berkenaan seperti wanita hamil, mereka yang mengalami masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan menghidap penyakit kronik termasuk paru-paru, jantung serta buah pinggang.

"Kerajaan telah melakukan apa yang patut untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya penularan H1N1 dalam negara termasuk menghebahkan kepada umum langkah pencegahan yang harus mereka patuhi.

"Kini, saya hendak meminta setiap rakyat supaya lebih bertanggungjawab dalam hal ini dan memandang serius wabak tersebut termasuk mematuhi setiap arahan serta langkah berjaga-jaga yang kami sarankan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab interaktif The Star Live yang berlangsung selama kira-kira sejam melalui laman web www.thestar.com.my di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa bersikap telus dalam menangani wabak H1N1 termasuk memantau jumlah individu yang dijangkiti virus H1N1 di seluruh negara setiap hari.

"Kami faham betapa pentingnya untuk bersikap telus dalam menangani wabak ini kerana ia mampu mengancam nyawa manusia meskipun risikonya tidak setinggi wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung.

"Bagaimanapun, kami amat memerlukan penyertaan orang ramai dalam membantu kerajaan bersama-sama mencegah penularan wabak H1N1 secara meluas," jelas beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan kini dalam fasa mitigasi wabak H1N1 dengan tumpuan rawatan kepada bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital dan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) dalam masyarakat.

"Kes kematian akibat H1N1 yang berlaku di negara ini berpunca daripada kelewatan pesakit mendapatkan rawatan sehingga mengakibatkan mereka mengalami pneumonia yang serius," katanya.

Tiong Lai memberitahu, pihaknya bimbang penularan wabak H1N1 di negara ini akan berubah menjadi wabak dalam komuniti iaitu penularan jangkitan tempatan secara meluas yang menyebabkan setiap orang berisiko untuk dijangkiti.

"Justeru, tanggungjawab ahli masyarakat untuk menangani wabak H1N1 sangat penting kerana mereka boleh memainkan peranan utama menyekat penularan wabak itu," katanya.

Beliau berkata, hospital-hospital kerajaan yang diarahkan untuk memberi rawatan kepada pesakit H1N1 atau mereka yang mengalami ILI tidak boleh lari daripada tanggungjawab mereka untuk memberi perkhidmatan yang sepatutnya.

"Hospital kerajaan tidak boleh merujuk pesakit yang datang mendapat rawatan kepada pusat perubatan swasta dengan apa alasan sekalipun kerana mereka tidak mampu mengesan jangkitan tempatan H1N1 secara efektif," katanya.

Wednesday, July 29, 2009

PATUT ATAU TIDAK PATUT KPLI DIMANSUHKAN

PENGUMUMAN:-


Sila KLIK survey me KPLI disebelah kiri untuk maklum balas dari anda

Pendapat anda amat diperlukan..

TERIMA KASIH KERANA MENGAMBIL BAHAGIAN.

Bapa sangka anak demam biasa



RAMLI Abdul Aziz menunjukkan potret anaknya, Nur Syazwana yang meninggal dunia kelmarin akibat selesema babi di Melaka, semalam.

MELAKA 29 Julai - ''Saya ingatkan cuma demam biasa dan tak sangka anak saya dijangkiti wabak selesema babi hingga menemui ajal.

''Kalau saya tahu dia dijangkiti demam sangat serius, saya akan bawa dia ke hospital segera, mungkin masih ada peluang untuk dia hidup,'' kata Ramli Abdul Aziz, 45, dengan nada sedih.

Ramli adalah bapa kepada remaja perempuan, Nur Syazwana, 20, yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di Hospital Melaka pagi semalam.

Nur Syazwana yang membantu bapanya berniaga di kedai makan tidak jauh dari rumahnya di Taman Cempaka di sini meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Peringgit.

Biarpun diselubungi kesedihan akibat kematian anak sulung daripada empat beradik itu, Ramli tetap tabah dan reda.

Menceritakan detik-detik sedih itu Ramli berkata, anaknya itu mula demam selepas adiknya, Mohd. Shafiq, 19, pulih daripada demam.
''Apabila Mohd. Shafiq pulih, anak sulung saya pula mengadu demam seminggu sebelum dia meninggal dunia.

''Saya tak kisah sangat waktu itu kerana dia masih boleh membantu saya di kedai," katanya.
Pengusaha kedai makan itu menambah, keadaan demam anaknya itu bagaimanapun tidak pulih selepas seminggu.

''Saya ada suruh dia mendapatkan rawatan di klinik swasta dan doktor memberitahu dia hanya menghidap demam biasa," katanya.
Selepas memakan ubat yang diberikan oleh doktor, kata Ramli, demam anaknya masih tidak kebah selain turut mengadu sesak nafas.

''Saya mula rasa gelisah melihat perubahan keadaan anak saya yang tidak bermaya dan lebih mengejutkan apabila seluruh tangannya pula lebam," ujarnya.
Katanya, Nur Syazwana pergi ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut kira-kira pukul 3 petang Ahad lalu.

Ramli berkata, dia terkejut apabila pihak hospital terpaksa menahan Nur Syazwana kerana keadaan anaknya yang semakin serius.
''Saya diberitahu paru-paru anak saya hitam dijangkiti kuman dan menyerah kepada Allah SWT agar dia pulih.

''Ketika itu doktor tidak menyatakan anak saya dijangkiti virus H1N1 tetapi memberitahu keadaan dia semakin kritikal," katanya.
Menurutnya, punca kematian Nur Syazwana akibat H1N1 hanya dimaklumkan hari ini selepas disahkan oleh pihak hospital.
Katanya, beliau dan semua ahli keluarga kini dikuarantin di rumah selama seminggu.

Tuesday, July 28, 2009

BERITA KPLI 2010

JUST INFO:-

For Those still interest apply KPLI intake 2010..Pin Number akan keluar tidak lama lagi...mungkin dalam Ogos ini atau selewat-lewatnya September ini. I think a lot of people still want to try apply KPLI right...I got info from my friends ...it about KPLI intake 2010...some of them told me that ambilan KPLI 2010 already closed...that mean those apply KPLI intake Jun 2009..but tak berjaya dalam temuduga...may be some of them have chance the next intake ..KPLI Intake Januari 2010. Kira calon simpanan lah...ada pula yang mengatakan KPLI dimansuhkan.....and syarat kpli akan diperketatkan...contohnya CGPA must 2.70 above...and LELAKI akan diutamakan dalam setiap pengambilan...tak kita akademik mereka tak bagus...tapi pihak berkenaan akan melihat kegiatan kukurikulum....simply to say...PENGAMBILAN LELAKI AKAN DIUTAMAKAN....begitu banyak spekulasi tentang KPLI...tunggu dan lihat sahaja ogos sampai september ini....segalanya akan terjawab......so good luck semua.....

Thursday, July 23, 2009

TOP 15 WAYS TO BUILD YOUR SUBSCRIBER LIST


Email marketing can be profitable for any business, no matter what kind of product or service you are selling. It is significantly cheaper than other advertising methods and it helps build credibility with your subscribers. As a result, you can generate more sales and profits.

The foundation for successful email marketing is a targeted, responsive and permission-based email list. If you have a list of subscribers that trust you and consider you an expert, you've completed the first step and are on your way!

Below you will several list-building ideas that will help you make the most of your email marketing efforts:

1. Provide useful, relevant and unique content.
Your visitors will not give you their email addresses just because they can subscribe to your newsletter free of charge. You have to provide unique and valuable information that will be useful to your subscribers.

2.Add a subscription form to every page of your website.
Make sure it stands out so it is easy to find. If appropriate, you can also include it in more than one place. For instance, your opt-in form might always appear in the top-left corner of your site, while you also include an opt-in at the bottom of some of your popular articles.

3.Make it easy for your reader to sign up.
The more information you request, the fewer people will opt-in. In most cases, a name and an email address should suffice. If it's not necessary, don't include it here. (Note: If you don't have a Privacy Policy, put the words "privacy policy generator" into a search engine and you should be able to find a suitable form for your readers to review.

4.Publish a Privacy Policy.
Let your readers know that they can be confident you will not share their information with others. The easiest way to do this is to set up a Privacy Policy web page and provide the link to it below your opt-in form.

5.Show your first issue or other sample to your visitors.
This lets potential subscribers review your newsletter before they sign up to determine if it is something they'd be interested in.

6.Archive past newsletter issues.
A "library" of past newsletters is both appealing and useful to visitors and builds your credibility as an authority. In addition, if your articles are written with good SEO techniques in mind, they can send additional traffic to your web site through good search engine positioning.

7.Contact other newsletter publishers.
Introduce yourself and explore ways you may be able to help each other. Perhaps you can introduce other publisher's newsletters or print articles they have written to your list, with a link to sign up. When you contact them, be sure to tell them why you think THEIR readers would like what you have to offer and why YOUR readers would benefit from their newsletters. This is a win-win scenario; both of you will build your lists faster!

8.Give away bonuses subscribers can use.
Create an opt-in bonus for joining your subscriber list. You can write an ebook or PDF report, or even hire a programmer to create downloadable or web-based software. But don't limit yourself to only a gift for new opt-ins. Remind your readers that the next bonus is coming soon. People hate to miss out on things. If you systematically pass on "goodies" throughout the year, your subscribers are unlikely to leave.

9.Ask your subscribers to pass it on.
Word of mouth is a powerful viral technique that works great with email marketing. If your subscribers find the content you share with them to be informative, they will pass your newsletter on to their friends. This can be a good source of new subscribers.

10.Let others reprint your newsletter as long as the content is not modified.
Many webmasters and newsletter publishers are actively looking for high-quality content and, if they reprint your newsletter, you will get new subscribers, traffic and links pointing to your site.
11.Include a "Sign Up" button in the newsletter.
If you are using plain text instead of HTML, provide a text link to your subscription page. You may feel that this is not required because the subscriber is already on your list, but remember that readers will forward your newsletters to others, or reprint it online. You want to make it easy for them to subscribe.

12.Add a squeeze page.
A squeeze page has one goal − to get an opt-in and build your list. Think of it like a mini-sales letter for your subscription or opt-in bonus. It features a powerful headline and a couple of very important benefits that should make subscribers salivate to sign up to your list. Once created, use a service such as WordTracker to find hundreds of targeted keywords, and advertise there using pay-per-click advertising from Google, MSN and Yahoo.

13.Include testimonials on your squeeze page.
This is crucial. Put 1 or 2 strong testimonials from satisfied subscribers on your squeeze page. This can be in any format, but you may find that multimedia (audio or video social proof) is more "believable". To increase that believability, include full names, locations and/or urls; don't use "Bob K, FL" as a testimonial name.
14.Blog religiously.
Blogging is a great way to communicate with your potential customers, and it creates a nice synergy with your email marketing. Be sure to include your newsletter sign-up form on each page of your blog. You can start a free blog at Blogger or Wordpress.

15.Post on other blogs.
Post great comments and information on similar blogs with a link to your squeeze or opt-in page. Also comment on others' blogs through trackbacks. In most cases, your comments will be posted on their blogs with a link back to your site. This is an easy way to generate new traffic and subscribers.
Need Email Marketing to grow your business? I use and recommend GetResponse: http://www.getresponse.com/index/ono780

Wednesday, July 22, 2009

GURU KELAS SATU

TAHAP pengetahuan dan persediaan yang diharapkan oleh seorang bakal guru cukup tinggi di bawah fokus dan strategi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Kosnya juga tinggi, jadual 8.1 bertajuk Pelaksanaan Projek Pendidikan Guru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada dokumen PIPP menunjukkan angka ratusan juta ringgit bagi projek pendidikan guru, kuarters pendidikan, ubah suai naik taraf dan peluasan fungsi Institut Aminuddin Baki (IAB).

Kalau semuanya menjadi seperti apa yang dirancang, maka seorang guru yang mendapat latihan dan mengajar di negara ini akan menjadi antara yang terbaik di dunia - malah institusi latihan perguruan kita boleh `dipasarkan' sehingga ke peringkat antarabangsa.
Guru diberi persiapan mental kelas pertama untuk mengharungi fasiliti dunia pertama menjelang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
Fokus dan strategi itu dibahagikan kepada:

1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru - isu paling kritikal

2. Memantapkan latihan perguruan - perlu mengambil kira keperluan dan kehendak semasa dan akan datang

3. Memantapkan kerjaya guru - satu bentuk pengiktirafan jangka pendek dan panjang

4. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

Di dalam setiap fokus dan strategi tersebut, terkandung perkara-perkara berikut:
.
.
1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru.

Hal ini dilakukan dengan memperketatkan syarat kriteria pengambilan calon seperti berikut:
- Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection test - MTseT), temu duga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
- Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen.
- Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalaui iklan dan tapisan rapi.
- Pemantapan proses pelantikan dan pengesahan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum.
- Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat menjadi guru, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik atau Kimia atau Biologi atau Kejuruteraan Awam, atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan dan satu mata pelajaran lain. Calon juga perlu aktif dalam kokurikulum.
.
2. Memantapkan latihan perguruan

Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menawarkan ijazah sarjana muda pendidikan serta mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.
- Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Antaranya ialah mewajibkan semua guru pelatih mengikuti program Bina Insan Guru (BIG), mengambil major dan dua minor iaitu Pendidikan Jasmani sebagai minor wajib, mengikuti praktikum setiap tahun, mengikuti kokurikulum setiap semester dan menggunakan kaedah learning management system
- Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System
- Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care
- Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas
.
3. Memantapkan kerjaya perguruan

- Menambahkan kuota bagi gred kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang dari gred DG48 hingga ke Gred Jusa C dan Guru Cemerlang dari gred DG44 hingga ke Gred Khas C
- Penambahbaikan perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G
.
4. Menambah baik persekitaran kerja guru

- Dengan unjuran tahun pencapaian hanya pada 2010, maka peratus guru yang layak mendapat kemudahan kuarters di bandar besar, luar bandar dan pedalaman akan meningkat
- mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi membantu guru membuat kerja pentadbiran
.
5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

- Mewajibkan guru baru berkhidmat di pedalaman

Tuesday, July 21, 2009

"TAHAN LASAK" syarat utama bakal guru

KUALA LUMPUR: Elemen 'tahan lasak' dan sanggup bertugas di kawasan pedalaman, adalah kriteria utama diambil kira Kementerian Pelajaran bagi pengambilan bakal guru.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata langkah mengetatkan syarat pengambilan bakal guru itu bertujuan memastikan negara melahirkan guru berkualiti."Secara keseluruhannya guru bertugas di kawasan pedalaman cabarannya lebih besar berbanding di kawasan bandar.
Oleh itu, kita memerlukan guru yang tahan lasak bagi memastikan mereka berkualiti."Tahan lasak ini bererti mereka boleh ditempatkan di sekolah di kawasan pedalaman tanpa kemudahan asas seperti pengangkutan yang sempurna, terpaksa meredah hutan, atau terpaksa menggunakan bot mahupun sampan untuk sampai ke sekolah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, guru berkualiti bukan saja mempunyai ketahanan diri untuk berdepan dengan pelbagai kesukaran, malah mampu memahami budaya hidup masyarakat terbabit terutamanya di kawasan Orang Asli.

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI




C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....
Dr Fadillah Kamsah

Monday, July 20, 2009

GURU KPLI AKAN DIKURANGKAN

Satu ketika dahulu, kenyataan ini pernah diutarakan:-

CYBERJAYA: Jumlah pengambilan guru bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dikurangkan berikutan keputusan kerajaan membenarkan Institut Pendidikan Perguruan (IPG) mengeluarkan guru lepasan ijazah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata Parlimen sudah meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Akta 1996 dan satu daripada perkaranya adalah memberi peluang kepada IPG untuk mengeluarkan guru berkelulusan ijazah.


Sebenarnya KPLI hanya program sementara kerana apabila IPG dibenarkan melahirkan guru lepasan ijazah, kita akan kurangkan pengambilan KPLI.

Sekarang, IPG hanya mengeluarkan guru lepasan diploma dan sijil, namun semalam (kelmarin) kita mendapat kelulusan untuk mengeluarkan guru lepasan ijazah. Kami menjangkakan menjelang 2011 institut itu akan mula mengeluarkan guru berijazah,” katanya selepas mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail merasmikan Konvensyen Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Seri Puteri, di sini, semalam.

Ditanya sama ada KPLI akan dimansuhkan berikutan kebenaran IPG untuk mengeluarkan guru lepasan ijazah, Alimuddin berkata: “Tidak, sebab keperluan guru masih banyak, kita tahu ada sekolah baru dibuka tahun demi tahun…ada guru bersara, jadi keperluan guru memang meningkat dari semasa ke semasa.

Kita hanya mengurangkan (pengambilan) KPLI apabila IPG sendiri dapat mengeluarkan guru berijazah bukan memansuhkan program itu,” katanya.
Menyentuh mengenai kes keracunan makanan di sekolah yang kerap berlaku kebelakangan ini, Alimuddin berkata, siasatan mendapati kes keracunan berlaku akibat penggunaan peralatan memasak yang rosak dan sudah lama.

Sehubungan itu, semua kantin sekolah dan dewan makan yang berusia lebih 20 tahun akan dibaik pulih secara berperingkat bagi mengelakkan kejadian itu berulang pada masa depan.

Lebih banyak guru berkualiti di pedalaman

SEPANG 20 Julai - Sudah tiba masanya kerajaan menggandakan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan mencukupi supaya mereka dapat ditempatkan di pedalaman dan luar bandar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global, keperluan semasa serta gagasan 1Malaysia demi merealisasikan apa yang digariskan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Pelajaran.
"Justeru, satu dasar penempatan guru yang responsif kepada keperluan rakyat perlu disediakan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kajian Semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, selain guru, kualiti pemimpin sekolah juga perlu dimantapkan kerana sudah tiba masanya pemilihan para pemimpin sekolah dilakukan tanpa terlalu berlandaskan kekananan.

Tegasnya, ia juga harus dibuat melalui proses yang lebih telus dengan memilih yang terbaik, berbakat serta mempunyai kualiti kepimpinan dinamik.
"Pemimpin sekolah perlu seorang yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi, cemerlang dan komited di samping berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat menterjemahkan dasar pendidikan dalam tugas seharian.

"Ini nanti diyakini mampu memberikan didikan terbaik kepada murid," katanya.
Muhyiddin turut mencadangkan agar usaha diteruskan dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan, produktif, kreatif dan inovatif.

Beliau berkata, tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha melahirkan pelajar yang holistik serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
"Pada masa sama, kementerian perlu meneruskan pembangunan infrastruktur memandangkan masih terdapat sekolah yang daif dan usang, tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.
"Akhirnya nanti kita perlu memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan warga pendidik dengan mewujudkan Kem 1Malaysia pada setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, walaupun penyertaan dalam pendidikan rendah adalah tinggi, namun masih terdapat lebih 125,000 kanak-kanak di negara ini yang mencapai umur persekolahan peringkat rendah masih tidak mengikuti alam persekolahan.
"Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman," ujarnya.

KEMENTERIAN PERLUKAN CALON KPLI BERKELAYAKAN

WALAUPUN jumlah permohonan memasuki program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah sepenuh masa meningkat saban tahun, Kementerian Pelajaran masih menghadapi masalah kekurangan calon berkelayakan dalam bidang pengajian tertentu.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim, berkata empat bidang pengajian dikenal pasti mengalami masalah itu ketika ini adalah Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual.
Daripada 7,598 tempat disediakan kepada lulusan ijazah sarjana muda untuk mengikuti KPLI, bagi ambilan Januari tahun depan, kuota bagi Bimbingan dan Kaunseling serta Pendidikan Jasmani antara yang terbesar iaitu masing-masing 700 dan 500 tempat, sementara Pendidikan Seni Visual (380) dan Pendidikan Muzik (140).

“Tiada masalah kekurangan calon berkelayakan untuk mengisi kuota bidang pengajian lain termasuk subjek kritikal seperti Sains dan Matematik, namun seperti tahun sebelum ini, dijangkakan tidak semua kuota unjuran empat bidang pengajian berkenaan dapat diisi, mungkin kurang sedikit.

“Saya menyarankan mereka berminat mengikuti KPLI supaya memilih bidang ijazah dalam keempat-empat disiplin ini kerana selain dapat mengatasi masalah kekurangan calon, ia mencerahkan peluang mengikuti program berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.
Misrah berkata, daripada 59,176 calon yang memohon memasuki KPLI ambilan Januari depan, 56,622 lulus ujian Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST), serta memenuhi syarat asas ditetapkan dan 15,791 disenarai pendek untuk temu duga dengan keutamaan diberi kepada ketepatan bidang kelulusan mereka dengan opsyen pengajian dipohon.

Beliau berkata, jumlah permohonan yang meningkat berbanding 56,726 tahun sebelumnya membuktikan kerjaya guru terus mendapat sambutan dan bukan pilihan terakhir apabila ada golongan profesional termasuk peguam serta jurutera turut memohon.

“Kita tetap terima permohonan mereka jika opsyen dipilih bertepatan dengan kepakaran dimiliki. Sebagai contoh, jurutera boleh memilih bidang sains,” katanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaan apabila permohonan mengikut jantina menunjukkan calon wanita terus mengatasi dengan 47,108 berbanding hanya 12,068 lelaki.
Daripada jumlah itu, katanya, hanya 11,590 calon lelaki layak menduduki MTeST berbanding 45,032 (perempuan) dan seterusnya 4,812 daripadanya dipanggil menjalani temu duga berbanding 9,404 perempuan.

“Saya berharap lebih ramai calon lelaki akan memohon pada tahun akan datang kerana kerjaya sebagai guru ini bukan saja terjamin malah memberi mereka peluang berbakti kepada negara dengan mendidik generasi masa depan,” katanya.

Katanya, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara dalam talian menerusi laman web Kementerian Pelajaran mulai 24 Disember ini dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan

KPLI:NUTP Tak setuju lanjut kursus 18 tahun

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti.
“Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.

Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti.
Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.

Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru.
“Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.

“Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.
Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru.

“Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti,” katanya.

Sunday, July 19, 2009

KPLI 18 Bulan

Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.
"Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini. "Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Berita Minggu. Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.

Katanya, jika tempoh KPLI terlalu lama, mungkin graduan tidak berminat dengan kerjaya perguruan kerana jangka masa sama sebenarnya mencukupi untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas dakwaan bahawa bidang perguruan menjadi tempat longgokan graduan menganggur, berkata sistem tapisan bakal guru bagi mengikuti KPLI cukup ketat. Katanya, semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru. "CGPA itu bukan kecil. Ini bermakna pemohon untuk KPLI terdiri di kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru.

"Jika melepasi ujian, ada pula peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai secara terperinci sahsiah dan karakter pemohon," katanya. Katanya, dakwaan itu mungkin berlaku satu ketika dulu kerana tapisan mengikuti KPLI tidak sebegitu ketat, namun dengan 80,000 permohonan tahun ini dan hanya 5,132 pengambilan, persaingan itu pasti sengit dan calon terpilih pastinya antara terbaik. Pada masa sama, katanya, kementerian kini memperbanyakkan pengambilan guru untuk Program Sarjana Muda Perguruan yang bakal mengisi sehingga 6,200 tempat.

BORANG KPLI AMBILAN JANUARI 2010


SALAM

ANDA ingin LULUS MTEST + Temuduga KPLI 2011.  Saya ada BERITA BAIK ebook Panduan Temuduga + Panduan MTEST-INSAK KPLI 2011 kini berada di pasaran.




ANDA ingin mencari PANDUAN TEMUDUGA KPLI. 

Ebook ini mudah difahami dan disertakan dengan pelbagai tip yang berguna serta jawapan-jawapan bagi setiap soalan penemuduga yang sesuai dan relevan.  Anda kesuntukan masa dan tidak ada banyak masa untuk membaca semuanya.  Ebook Panduan Temuduga ini sangat sesuai.  

DIsini ada jawapannya anda hanya perlu menyumbangkan/membayar EBOOK Panduan Temuduga dan Panduan MTEST-Insak KPLI ini dengan harga yang paling rendah iaitu RM40 sahaja. 


MURAH KAN...jadi apa tunggu lagi....Dapatkan ebook ini dengan segera agar anda mendapat membuat persediaan sebelum dipanggil temuduga.  MASA tidak menunggu anda......Bertindaklah sekarang...


TAWARAN ISTIMEWA


SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBELI EBOOK SECARA BERASINGAN HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Ebook Panduan temuduga KPLI 2011 - RM25

Ebook Panduan Mtest-Insak 2011 - RM25



JIka anda ingin membeli

 PAKEJ Ebook Panduan MTEST-Insak + Ebook Panduan Temuduga KPLI= RM40


APA tunggu lagi sekiranya anda membeli Pakej Ebook KPLI Panduan MTEST- Insak + Panduan Temuduga
anda jimat RM10.  Apa tunggu lagi tempah dan beli sekarang....

Jika berminat sila

SILA BUAT PEMBAYARAN DI CIMB BANK
 
10050027773528
ARTINE MODI




* Sila email/sms butir pembayaran untuk proses penghantaran ebook*



w
ARTINE MODI
JENIS BANK :
CIMB
NO AKAUN : 10050027773528
EMAIL : ono780@gmail.com
NO.TELEFON : 016-5854100 TYPE : FN <email> CIMB RM20 <tarikh> <masa>
dan hantar ke 0165854100
SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN KE EMAIL JIKA ANDA BUAT BAYARAN MENGGUNAKAN BANK LAIN.
Contoh :
TYPE : FN ono780@gmail.com CIMB RM25 13/06/10 4:56pm
dan hantar ke 0165854100


Terima Kasih.

Selamat Maju Jaya dan Good Luck

Sila layari http://www.namaus.blogspot.com dengan lebih lanjut.
Mesti banyak yang tertanya-tanya bila agaknya borang Kpli intake 2010 akan keluar....sekarang dah pertengahan julai 2009, tapi masih belum ada khabar berita tentang kpli....ada khabar angin mengatakan borang kpli tak akan kuar tahun ini....ada yang mengatakan borang kpli akan keluar pada september ini...ada juga yang mengatakan tahun depan baru borang kpli akan kuar untuk intake julai 2010....tak tahu mana satu yang betul tapi kemungkinan ada juga benar dan ada juga yang tidak benar....sebab sebenarnya...kpli sentiasa akan berubah2....dan itu ikut dari BPG sebenarnya.....apapun....yang saya pasti KPLI tak akan dimansuhkan kerana KPLI sebenarnya menampung kekurangan guru....bagi mereka yang begitu berminat dengan perkembangan KPLI sila layari dan ikuti forum di cari forum dan emoe forum....sudah tentu banyak maklumat yang anda dapat cari disna bukan sahaja mengenai KPLI tetapi banyak maklumat yang penting yang diposkan disitu.....
untuk tidak ketinggalan sila layari selalu laman web rasmi KPM
semoga berjaya

Friday, July 17, 2009

JUBAH UNTUK IBU

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar.
Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa.
Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya.
Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya.
Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya.
Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. “ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan.. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu.
Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya.
Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam.
Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.
Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu..” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua.
Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along.
Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan.
Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik.
Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku.
Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya.
Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima.
Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Thursday, July 16, 2009

Tip Penjagaan jantung



Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa.Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada, untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.
Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia.Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.
Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung – Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan.
Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.Kawalan berat badanKegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti aras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan selain mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.PemakananBagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya.
Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.BersenamBersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan.
Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.Perubahan gaya hidupRisiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Tuesday, July 14, 2009

KPLI AMBILAN JAN 2010

Saya dimaklumkan bahawa pengambilan KPLI tidak akan di mansuhkan tetapi cuma pengambilan akan dikurangkan...dari tahun ke tahun...mana mungkin KPLI dimansuhkan kerana KPM masih memerlukan KPLI untuk menampung kekurangan guru...memandangkan sekarang lepasan SPM KPLSM memerlukan 5 tahun tempoh untuk menghabiskan pengajian di Maktab berbanding dulu Lepasan SPM cuma menjalani kursus 3 tahun untuk mendapatkan diploma pendidikan...kesimpulan nya dsini...KPLI masih diperlukan....so jangan ketinggalan borang KPLI akan dikeluarkan mungkin julai ini atau september ini...rajin2 lah melawat laman web ye....

Thursday, July 2, 2009

PERSEDIAAN TEMUDUGA RESUME PAPARKAN PERSONALITI

SALAM

ANDA ingin LULUS Temuduga KPLI 2011.  Saya ada BERITA BAIK ebook Panduan Temuduga KPLI 2011 kini berada di pasaran.


Anda pernah kecewa sebelum ini kerana sudah berapa kali hadir temuduga KPLI namun tidak pernah berjaya.  ATAU anda mungkin dipanggil temuduga KPLI buat kali PERTAMA dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.

ANDA ingin mencari PANDUAN TEMUDUGA KPLI. 

DIsini ada jawapannya anda hanya perlu menyumbangkan/membayar EBOOK Panduan Temuduga KPLI ini dengan harga yang paling rendah iaitu RM15 sahaja. 


MURAH KAN...jadi apa tunggu lagi....Dapatkan ebook ini dengan segera agar anda mendapat membuat persediaan sebelum dipanggil temuduga.  MASA tidak menunggu anda......Bertindaklah sekarang...


TAWARAN ISTIMEWA


Ebook Panduan temuduga KPLI 2011 - RM15


JIka anda ingin membeli

 PAKEJ Ebook Panduan MTEST-Insak + Ebook Panduan Temuduga KPLI= RM20




Jika berminat sila

SILA BUAT PEMBAYARAN DI CIMB BANK
 
10050027773528
ARTINE MODI




* Sila email/sms butir pembayaran untuk proses penghantaran ebook*



w
ARTINE MODI
JENIS BANK :
CIMB
NO AKAUN : 10050027773528
EMAIL : ono780@gmail.com
NO.TELEFON : 016-5854100 TYPE : FN <email> CIMB RM15/RM20 <tarikh> <masa>
dan hantar ke 0165854100
SERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN KE EMAIL JIKA ANDA BUAT BAYARAN MENGGUNAKAN BANK LAIN.
Contoh :
TYPE : FN ono780@gmail.com CIMB RM15/RM20 13/06/10 4:56pm
dan hantar ke 0165854100


Terima Kasih.

Zaman kemelesetan ekonomi membuatkan ramai yang agak sukar untuk mencari kerja. Makin ramai yang menjadi penganggur dan ini menyebabkan peluang untuk mendapatkan kerja agak terhad. Kita terpaksa bersaing dan mereka yang benar-benar bagus sahaja yang terpilih. Ini bermakna kita harus berusaha lebih kuat lagi dan memberikan yang terbaik. Pertama sekali ialah dalam menyediakan resume kerana resume ini adalah langkah pertama bagi membolehkan kamu melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan cubalah ikuti tips yang kami berikan.
10 Tips Untuk Membuat Resume

1. Jangan menghantar resume kamu tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah kamu tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.

2. Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume kamu mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan.
3. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada kamu, seolah-olah kamu tidak bersungguh-sunguh. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.

4. Tulis sendiri! Tidak salah kalau kamu membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya kamu tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, kamu juga harus jujur semasa membuat resume. Jika kamu membesar-besarkan keupayaan kamu, tentu kamu akan malu jika ia diketahui orang nanti.

5. Elakkan 'gimik' seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah kamu masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.

6. Resume kamu harus difokuskan dalam bidang kemahiran kamu sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.

7. Gunakan nombor atau garisan supaya resume kamu kelihatan kemas.

8. Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.

9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu.

10. Buatlah beberapa draf dan berikan resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya
Cara Menulis Resume yang Baik

Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek di bawah:

1. Isi kandungan
Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard. Walau bagaimanapun kamu boleh menentukan sama ada kamu ingin menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan kamu yang lepas.

2. Asas
la termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Kamu juga harus sertakan dengan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.

3. Objektif
Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya. Dalam objektif kamu, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan itu daripada iklan sahaja. Kamu mesti kreatif sikit!

4. Pendidikan
Senaraikan semua kelulusan akademik kamu daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.

5. Kemahiran khusus
Nyatakan kemahiran yang kamu miliki temmasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.

6. Aktiviti
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan kamu. Selalunya penemuduga akan dapat tahu pesonaliti kamu melalui aktivi yang kamu ikuti itu.

7. Pengalaman herja
lni termasuk kerja praktikal, kerja sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan kamu, nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang kamu jalankan.

8. Rujukan
Kamu harus menyatakan bahawa kamu bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.
Corak Resume

Terdapat 4 jenis format resume. Setiap jenis itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya serta sesuai untuk suasana yang berlainan.

1. Kronologi (mengikut urutan)
Untuk menjadikan resume kamu lebih teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan taHun tetapi secara terbalik (Yang terkini ditulis dabulu). Ia lebih menitikberatkan perjalanan kerjaya kamu dan nama syarikat kamu dulu, tetapi kurang mengambil berat tentang pengalaman kerja dalam sesuatu bidang.

2. Corak Fungsi
la menitikberatkan keupayaan dan tugas utama kerja, jawatan serta pengalaman kerJa kamu. Ia amat sesuai digunakan oleh pemohon yang kurang berpengalaman dan hanya mabu fokuskan pada kemahiran mereka sahaja.

3. Corak bermatlamat
Corak ini senaraikan penerangan tentang sasaran suatu kerja khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam kepada penemuduga. la amat sesuai bagi pemohon yang mahir dalam sesuatu bidang.

4. Corak penyiaran
Corak yang berdasarkan pengalaman atau percubaan. la merupakan surat penerangan bagi diri kamu dan menitikberatkan kemahiran kamu. Amat sesuai digunakan untuk pemohon yang moden dan ingin meminta ditemuduga oleh syarikat itu.

Wednesday, July 1, 2009

Kursus Perguruan lepasan Ijazah (KPLI)

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI)
PANDUAN PEPERIKASAAN MTEST(KPLI)BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 2 – 6, Blok E13
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 Putrajaya
03-8884 1233
03-8884 1235
03-8884 1243
03-8884 1245
03-8884 1252
03-8884 1260
03-8884 1320
A: PENGENALANMTeST
merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.
B: KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST
Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:
1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Analitikal
3. Kuantitatif
4. Verbal (Bahasa Melayu)
5. Bahasa Inggeris
Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam tiga buah buku seperti berikut:
Buku 1: Kuantitatif dan Bahasa Inggeris
Buku 2: INSAK
Buku 3: Analitikal dan Verbal
Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.
Buku Komponen Jumlah Soalan Masa (minit)
D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST
Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST:
i. Warganegara Malaysia
ii. Memiliki Ijazah yang diiktiraf
iii. Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan setaraf dan lulus Ujian Lisan
iv. Mempunyai Pengesahan Nilai Taraf Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua ijazah
v. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun kemasukan.
Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada internet untuk menduduki MTeST.
E: BAYARAN UJIAN
Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.
F: PERATURAN
MTeSTCalon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:
i. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian.
ii. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan.
iii. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
iv. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.
G: KEPUTUSAN MTeST
Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam laman web kementerian:www.moe.gov.my
H: HURAIAN KOMPONEN
MTeSTInventori Sahsiah Keguruan (INSAK)RasionalCalon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru.
INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.
ObjektifKomponen ujian ini bertujuan
• memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
• mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.
Format SoalanJumlah soalan: 135
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapanPanduan Menjawab SoalanCalon dikehendaki menjawab
• secara spontan
• purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit
VERBAL
RasionalKemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.
ObjektifKomponen ini bertujuan
• mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
• mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;• membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.FormatKomponen verbal mengandungi 3 bidang :
• Analogi – 15 soalan• Melengkapkan Ayat – 5 soalan
• Kefahaman – 5 soalanJumlah soalan: 25Masa: 30 minitBentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapanPanduan Menjawab SoalanCalon diingatkan bahawa soalan
• analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
• melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong• kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.
ANALITIKAL
RasionalKeupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi. ObjektifKomponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.
FormatKomponen ini mengandungi 2 bidang
• Analitikal - 16 soalan
• Logikal - 4 soalan
Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapanPanduan Menjawab Soalan
Calon dingatkan bahawa soalan
• analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
• logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.
KUANTITATIF
RasionalKebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.ObjektifKomponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
• mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
• membuat perbandingan antara dua kuantiti;
• membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
• menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
• membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
• membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.
FormatKomponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk
• perbandingan kuantitatif - 15 soalan
• penyelesaian masalah &mentafsir data. - 15 soalanJumlah soalan: 30Masa: 30 minitBentuk soalan:
Soalan objektif dengan empat pilihan jawapanPanduan Menjawab SoalanCalon diingatkan
• tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
• mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
• gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
• perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.
BAHASA INGGERIS
Rasional: Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.
ObjektifKomponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
• mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
• menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.FormatTerdapat tiga jenis item:
 Error identification - 10 soalan
 Improving sentences - 10 soalan
 Improving paragraph - 5 soalan
Jumlah soalan: 25Masa: 30 minitBentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan
Panduan Menjawab Soalan
Candidates are required to:
• answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph;
• read the instructions for each item carefully;
• choose/select the best answer from the four options given in each question.
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST
TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :a. Kad Pengenalan Diri/ MyKadb. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.c. Pensel 2B dan Pemadam2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan. Penampilan dan pakaian lelaki:a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.Penampilan dan pakaian perempuan:a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujiana. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:a. Meniru.b. Mengambil ujian untuk orang lain.c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...