Tuesday, December 1, 2009

MENGAPA JPN PERAK MENYATAKAN KURSUS INDUKSI BAGI GURU DG41 LANTIKAN 2008 AKAN DIADAKAN PADA 2010

KOSMO bertarikh 7 Oktober & 4 November 2009 - MENGAPA JPN PERAK MENYATAKAN KURSUS INDUKSI BAGI GURU DG41 LANTIKAN 2008 AKAN DIADAKAN PADA 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS dalam akhbar Berita KOSMO bertarikh 7 Oktober & 4 November 2009 (Mengapa JPN Perak menyatakan kursus induksi bagi guru DG41 lantikan 2008 akan diadakan pada 2010 oleh Biar Betul).

Merujuk kepada persoalan penulis, JPN Perak ingin memaklumkan bahawa:-

i. Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS), JPN Perak ada memaklumkan kepada guru-guru yang bertanya bahawa, pada tahun 2009 ULKS telah menganjurkan Kursus Induksi bagi Guru-guru Lantikan 2007 yang masih ada dan belum lagi mengikuti kursus tersebut.

ii. Apabila persoalan yang ditanya adalah tentang mereka yang dilantik pada tahun 2008, ULKS telah memaklumkan bahawa semua guru-guru lantikan 2008, akan cuba dilaksanakan pada tahun 2010 tetapi ianya bergantung kepada peruntukan yang diterima daripada KPM.

iii. Untuk makluman, dengan peruntukan tambahan yang diluluskan baru-baru ini, pada 15 Oktober hingga 29 Oktober ULKS telah melaksanakan 2 ambilan serentak untuk guru-guru lantikan 2007 dan sebahagian kecil guru-guru lantikan 2008 mengikuti Kursus Induksi.

Jabatan Pelajaran Negeri Perak memohon guru-guru yang belum mengikuti kursus induksi bersabar dan menunggu giliran bagi mengikuti kursus induksi.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
26 NOVEMBER 2009
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...