Wednesday, July 22, 2009

GURU KELAS SATU

TAHAP pengetahuan dan persediaan yang diharapkan oleh seorang bakal guru cukup tinggi di bawah fokus dan strategi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Kosnya juga tinggi, jadual 8.1 bertajuk Pelaksanaan Projek Pendidikan Guru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada dokumen PIPP menunjukkan angka ratusan juta ringgit bagi projek pendidikan guru, kuarters pendidikan, ubah suai naik taraf dan peluasan fungsi Institut Aminuddin Baki (IAB).

Kalau semuanya menjadi seperti apa yang dirancang, maka seorang guru yang mendapat latihan dan mengajar di negara ini akan menjadi antara yang terbaik di dunia - malah institusi latihan perguruan kita boleh `dipasarkan' sehingga ke peringkat antarabangsa.
Guru diberi persiapan mental kelas pertama untuk mengharungi fasiliti dunia pertama menjelang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
Fokus dan strategi itu dibahagikan kepada:

1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru - isu paling kritikal

2. Memantapkan latihan perguruan - perlu mengambil kira keperluan dan kehendak semasa dan akan datang

3. Memantapkan kerjaya guru - satu bentuk pengiktirafan jangka pendek dan panjang

4. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

Di dalam setiap fokus dan strategi tersebut, terkandung perkara-perkara berikut:
.
.
1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru.

Hal ini dilakukan dengan memperketatkan syarat kriteria pengambilan calon seperti berikut:
- Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection test - MTseT), temu duga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
- Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen.
- Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalaui iklan dan tapisan rapi.
- Pemantapan proses pelantikan dan pengesahan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum.
- Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat menjadi guru, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik atau Kimia atau Biologi atau Kejuruteraan Awam, atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan dan satu mata pelajaran lain. Calon juga perlu aktif dalam kokurikulum.
.
2. Memantapkan latihan perguruan

Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menawarkan ijazah sarjana muda pendidikan serta mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.
- Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Antaranya ialah mewajibkan semua guru pelatih mengikuti program Bina Insan Guru (BIG), mengambil major dan dua minor iaitu Pendidikan Jasmani sebagai minor wajib, mengikuti praktikum setiap tahun, mengikuti kokurikulum setiap semester dan menggunakan kaedah learning management system
- Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System
- Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care
- Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas
.
3. Memantapkan kerjaya perguruan

- Menambahkan kuota bagi gred kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang dari gred DG48 hingga ke Gred Jusa C dan Guru Cemerlang dari gred DG44 hingga ke Gred Khas C
- Penambahbaikan perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G
.
4. Menambah baik persekitaran kerja guru

- Dengan unjuran tahun pencapaian hanya pada 2010, maka peratus guru yang layak mendapat kemudahan kuarters di bandar besar, luar bandar dan pedalaman akan meningkat
- mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi membantu guru membuat kerja pentadbiran
.
5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

- Mewajibkan guru baru berkhidmat di pedalaman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...