Wednesday, January 6, 2010

Semakan permohonan kursus perguruan di laman web mulai esok

Semakan permohonan kursus perguruan di laman web mulai esok


KUALA LUMPUR: Calon yang memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa Ambilan Januari 2010, boleh membuat semakan mengenai keputusan tawaran itu di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my, mulai esok.

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia, meminta calon yang berjaya ditawarkan mengikut KPLI-SR supaya mencetak surat tawaran sementara dan membawa surat tersebut ke Institut Pendidikan Guru pada hari pendaftaran.

Menurutnya, calon yang berjaya juga diminta mematuhi arahan yang diberi dengan teliti, kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka tidak layak didaftar di institut pendidikan guru. - Bernama

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...