REGISTER FREE PAYPAL

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, November 1, 2010

Model Polya

KLIK SAYA

GET STARTED NOW

Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut model Polya adalah seperti berikut :

1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah
Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.


2. Merancang Strategi Penyelesaian
Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya.


3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian
Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul


4. Menyemak Semula Penyelesaian
Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.




STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah:

1. Permudahkan masalah
Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan.


2. Melukis Gambarajah
Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun.


3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan
Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.


4. Mengenal pasti pola
Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor.


5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik
Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah.


6. Cuba Jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.


7. Kerja ke belakang
Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ‘sequence’, pola, persamaan dan lain-lain.


8. Menaakul secara mantik
Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut.


9. Menggunakan kaedah algebra
Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut.


KAEDAH MENJANA DUIT ONLINE YANG PALING BAIK DI DUNIA

                     KLIK
PENDAFTARAN PERCUMA

p/s: ketahui rahsia menjana duit secara global dan duit masuk dengan mudah RM masuk dan juga US masuk terus di akaun saya..saya sudah mencuba...anda bila lagi...pasti anda tidak akan menyesal.....senyum sahaja melihat akaun penuh dengan duit RMMMM...USSSS.....
Post a Comment