Thursday, May 23, 2013

RAHSIA TEMUDUGA KERAJAAN



Rasanya lama tidak update blog saya ini, maklumlah agak sibuk dengan tugas-tugas harian.  Kebetulan pula cuti HARI WESAK saya ambil masa sedikit untuk update blog saya ini.  Nampaknya topik yang hangat yang menjadi carian terkini ialah tip temuduga terutama sekali yang ingin menghadiri temuduga kerajaan seperti SPA, Guru dan sebagainya.  Saya suka topik ini kerana saya pernah mempunyai pengalaman gagal  temuduga kerajaan beberapa kali sebelum berjaya pada akhirnya.  Sudah tentu setiap kegagalan saya akan membuat penambahbaikan dan sedikit research kenapa boleh gagal....Mari sama-sama renungkan persediaan sebelum temuduga, semasa ditemuduga dan selesai temuduga...semuanya mempunyai proses tertentu...ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang yang pernah menghadiri temuduga samada yang berjaya temuduga maupun gagal temuduga tersebut.

 
 PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA

-          Pastikan segala dokumen, sijil asal dan Photostat lengkap
-          Bersedia dengan soalab-soalan penemuduga.
-          Print 2 salinan resume bergambar original –masukkan dalam file dan bagi resume yang satu lagi sertakan dengan dokumen yang sudah diphostat..
Susun dokumen ikut urutan seperti dalam surat panggilan temuduga…original dan pohostat.
Pakaian lelaki dan wanita mesti pakaian formal dan rasmi.



 

  SEMASA TEMUDUGA

Datang Awal di tempat temuduga
Pastikan datang awal – rebut peluang temuduga orang pertama..mood penemuduga pada awal pagi masih baik dan itu akan membantu permohonan.
Daftar dahulu ke urusetia pendaftaran- untuk penyusunan dokumen dan pendaftaran peserta
Tunggu nama dipanggil untuk masuk di bilik temuduga.
pastikan bertanya kepada urusetia siapa penemuduga dan bertanya nama penemuduga dan gunakan gelaran penemuduga seperti Datuk, Doktor sekiranya penemuduga ada gelaran tersebut.
Sebelum masuk di bilik temuduga, pastikan ketuk pintu sebanyak 3 kali sebelum masuk.. Masuk dengan senyuman dan berjalan dengan tegap menghala kearah penemuduga.
Gambarkan anda seolah-olah hendak berborak-borak dan berbual mesra dengan mereka dengan cara yang formal.
Elakkan tidak bersedia dan bawa fail bersama (dokumen mengikut susunan dalam fail).
Duduk apabila penemuduga menyuruh duduk. Sebelum duduk berjabat tangan dahulu dengan kedua-dua penemuduga sebelum duduk. Duduk dengan postur yang tegap dan kekalkan hubungan mata ( contact eye)
Tenang dan tunggu soalan di ajukan.pastikan tangan diatas paha. Bukan diatas meja..hulurkan fail kepada penemuduga.
Semasa Temuduga.
Pastikan menjawab soalan penemuduga dengan penuh keyakinan dan bersemangat.  

SOALAN TEMUDUGA  

Soalan pertama penemuduga kebiasanya adalah “ ceritakan latarbelakang diri anda”? ceritalah panjang lebar seperti asal usul, anak ke berapa, mendapat pendidikan dimana, ceritakan hobi anda ( jangan kelentong kalau hobi)..dan akhir sekali cerita lah dimana anda bekerja sekarang dan sebagai jawatan apa…jangan sekali-kali ceritakan perkara yang boleh mengundang pertanyaan penemuduga sekiranya tidak pasti .
Pastikan hubungan mata tidak lari..( sentiasa memandang kedua-dua mata penemuduga) ini akan menunjukkan keyakinan penemuduga..kerana mereka sangat pandai dengan psikologi…mereka dapat tahu calon yang menipu. 

                Soalan-soalan  temuduga yang sangat popular

1.       Ceritakan latar belakang anda
2.       Kenapa pilih jawatan.......................................
3.       Sebutkan bidang tugas ...........................................
4.       Jawatan ( YANG DIPOHON)di bawah jabatan/kementerian apa?
5.       Siapa Menteri dibawah jabatan (YANG DIPOHON)
6.       Apa hobi anda?
7.       Apa kerja anda sekarang dan bidang tugas?
8.       Bacalah prinsip rukun-rukun Negara/nama penuh perdana menteri/TIMBALAN Perdana menteri.

SELEPAS TEMUUDGA

Sebelum beredar dari bilik ucapkan ribuan terima kasih kepada penemuduga dengan senyuman.

Saya syorkan anda membeli pakej ebook spa8 ini, banyak maklumat dan pendedahan yang boleh anda baca disini...pakej ini juga menyediakan resume yang sesuai untuk temuduga kerajaan, tip temuduga, pengalaman orang yang berjaya temuduga, soalan temduga dan banyak lagi...pakej ebook ini banyak membantu saya dahulu sehingga saya menjadi penjawat awam.... 

KLIK untuk PEMBELIAN
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=ono780

KLIK disini untuk pakej lengkap

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...