Tuesday, June 4, 2013

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP27


Bagi sesiapa yang akan menghadiri temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP27 disini terdapat info soalan-soalan yang sering atau gemar ditanya oleh Penemuduga.    Antara soalan-soalan yang gemar ditanya oleh penemuduga yang popular dikalangan penemuduga ialah:-


Jadual Temuduga Klik dibawah



1.  Ceritakan latar belakang anda?


( soalan ini membantu anda banyak bercakap dan ceritalah latarbelakang keluarga anda secara ringkas tetapi padat, latar belakang pendidikan anda, cerita pengalaman kerja berkaitan dengan kerja yang dipohon dan jangan sekali-kali mereka-reka cerita/menipu  kerana penemuduga adalah dikalangan pakar psikologi...dan janganlah anda bercerita hal yang anda tidak tahu hujung pangkal kerana anda akan menjerat diri sendiri.

2. Kenapa mohon kerja ni.....



( bila ditanya soalan macam ni jangan lah sekali kali bercakap pasal gaji atau kerana terpaksa.....AWAS....jawapan sebegini penemuduga tidak suka sama sekali...cari alasan dan sebab yang munasabah untuk soalan seperti ini. Contohnya saya memohon kerja ini kerana saya suka /minat atau yakinkan penemuduga yang anda memang berminat dan ingin berkhidmat dalam kerajaaan.

3. Apa peranan /tugas penolong pegawai Pendaftaran?

( soalan ini wajib anda tahu peranan kerja yang anda pohon..bacalah peranan /tugas penolong pegawai tadbir dan cuba aplikasi dalam kerja yang anda pohon. Cari peranan dan tugas ini dalam laman WEB SPA..


4. Soalan berbentuk pengetahuan am juga akan ditanya oleh penemuduga seperti siapa ketua menteri malaysia, apa rukun negara, apa itu NKRA, dan bacalah isu-isu semasa -ini memastikan anda tidak jelik dengan pengetahuan semasa....

banyak lagi tip-tip yang membantu anda dalam persediaan temuduga, resume, pakaian dan etika berjalan semasa masuk bilik temuduga.....jika ingin tahu lebih lanjut lagi anda boleh membeli ebook dibawah ini...tak rugi anda membeli kerana saya juga pernah membeli ebook ini sebelum saya menghadiri temuduga.....dan anda juga pasti tidak rugi membeli ebook panduan temuduga ini...kalau nak beli secara online mudah saja...dan cepat....Selamat Maju Jaya yang menghadiri temuduga ini




PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP27
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,361.14RM4,306.59RM145.00
Syarat Lantikan:
i.a)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
b)Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
c)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
d)Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
[ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
ii.mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b)berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;
c)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;dan
e)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
iii.calon yang memiliki kelayakan di peranggan i(a) atau (b) di atas hendaklah lulus B.M.(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i.mempunyai kelayakan di atas;atau
ii.lulus Peperiksaan Khas; dan
iii.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membantu menjalankan tugas-tugas keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan termasuk mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...