Tuesday, June 4, 2013

TEMUDUGA PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17

lazada
<a href=http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=ono780><img src=http://www.kerja-kerajaan.com/images/468x60.gif></a>

Bagi sesiapa yang akan menghadiri temuduga Pegawai Imigresen KP17 disini terdapat info soalan-soalan yang sering atau gemar ditanya oleh Penemuduga.    Antara soalan-soalan yang gemar ditanya oleh penemuduga yang popular dikalangan penemuduga ialah:-

Jadual Temuduga Klik dibawah

1.  Ceritakan latar belakang anda?


( soalan ini membantu anda banyak bercakap dan ceritalah latarbelakang keluarga anda secara ringkas tetapi padat, latar belakang pendidikan anda, cerita pengalaman kerja berkaitan dengan kerja yang dipohon dan jangan sekali-kali mereka-reka cerita/menipu  kerana penemuduga adalah dikalangan pakar psikologi...dan janganlah anda bercerita hal yang anda tidak tahu hujung pangkal kerana anda akan menjerat diri sendiri.

2. Kenapa mohon kerja ni.....

( bila ditanya soalan macam ni jangan lah sekali kali bercakap pasal gaji atau kerana terpaksa.....AWAS....jawapan sebegini penemuduga tidak suka sama sekali...cari alasan dan sebab yang munasabah untuk soalan seperti ini. Contohnya saya memohon kerja ini kerana saya suka /minat atau yakinkan penemuduga yang anda memang berminat dan ingin berkhidmat dalam kerajaaan.

3. Apa peranan /tugas Pegawai Imigresen KP17?

( soalan ini wajib anda tahu peranan kerja yang anda pohon..bacalah peranan /tugas penolong pegawai tadbir dan cuba aplikasi dalam kerja yang anda pohon. Cari peranan dan tugas ini dalam laman WEB SPA..

4. Soalan berbentuk pengetahuan am juga akan ditanya oleh penemuduga seperti siapa ketua menteri malaysia, apa rukun negara, apa itu NKRA, dan bacalah isu-isu semasa -ini memastikan anda tidak jelik dengan pengetahuan semasa....

banyak lagi tip-tip yang membantu anda dalam persediaan temuduga, resume, pakaian dan etika berjalan semasa masuk bilik temuduga.....jika ingin tahu lebih lanjut lagi anda boleh membeli ebook dibawah ini...tak rugi anda membeli kerana saya juga pernah membeli ebook ini sebelum saya menghadiri temuduga.....dan anda juga pasti tidak rugi membeli ebook panduan temuduga ini...kalau nak beli secara online mudah saja...dan cepat....Selamat Maju Jaya yang menghadiri temuduga ini


PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17


Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Imigresen
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM927.03
RM3,089.68
RM95.00
Syarat Lantikan:
a)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] dan
b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
c)kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
<a href=http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=ono780><img src=http://www.kerja-kerajaan.com/images/468x60.gif></a>
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...